Apa Itu Komik-M?

Komik-M adalah jenama komik bagi Kumpulan PTS. Ia diterbitkan di bawah PTS Millennia Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan PTS. Bermula dengan hanya satu ke dua komik setahun, sekarang ia mengorak langkah dengan menerbitkan sekurang-kurangnya 2 komik satu bulan.

Komik-M atau Komik Malaysia ini menekankan penghasilan komik bercirikan Malaysia. Apabila menyebut mengenai ciri Malaysia ia meliputi budaya, cara hidup, seni reka, agama, anutan, nilai dan apa sahaja yang diamalkan di dalam Malaysia. Ini tidak bermakna para pengkomik tidak boleh menghasilkan komik sains fiksyen ataupun fantasi, asalkan ia bercirikan Malaysia ia dibolehkan.

Berdasarkan kenyataan di atas, Komik-M menetapkan konsep Komik Malaysia ini perlu memenuhi asas-asas seperti berikut :

a) Ilmu Mempertahankan Diri Malaysia
Ia perlu menggambarkan kecantikan seni mempertahankan diri Malaysia. ini tidak mengira apa-apa jenis ilmu atau seni mempertahankan diri asalkan ia memperlihatkan jati diri Malaysia khususnya dan Malaysia Amnya.

b)    Ketenteraan
Siri ketenteraan adalah kegilaan utama remaja lelaki. Ia perlu menggambarkan senario tentera kita, namun begitu kreativiti seperti memperlihatkan unsur futuristik dibenarkan. Segala spesifikasi senjata perlu diperincikan.

c)    Sains Fiksyen
Sains Fiksyen yang mencabar minda dan memberikan input terbaru sains dan teknologi. Ia boleh dalam bentuk sains ataupun fantasi yang berpijak di bumi nyata.

d)    Kampung
Nilai-nilai dan ciri kampung setempat ditonjolkan. Ia perlu berbentuk motivasi kejayaan yang merangsang minda masyarakat kita agar keluar daripada kepompong kita

e)    Aksi
Apa sahaja komik berbentuk aksi digalakkan. Aksi melibatkan penyiasatan, polis dan sebagainya. Sebolehnya ia memberikan keinsafan kepada para pembaca mengenai masalah sosial kita.

Sebarang pertanyaan mengenai Komik-M boleh dibuat kepada kami di alamat :

Unit Komik-M
PTS Millennia Sdn Bhd
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur
No. Telefon : (+6) 03 4142 7413/16
No. Faks : (+6) 03 4142 7415
Email : komik-m@pts.com.my