Komik-M.Com Dilancarkan Ke Alam Maya
March 25, 2008
Saya dengan bangganya pada hari ini melancarkan laman web Komik-M.Com ke ruangan maya ini.
Komik-M ini adalah satu gagasan yang pihak PTS Millennia Sdn Bhd perjuangkan sejak dua tahun ini. Gagasan yang bercita-cita mengubah rupa paras dunia komik di Malaysia. Membawa komik dan penggiat komik ke satu era baru komik.
Pelbagai maklum balas kami peroleh daripada penggemar komik, penggiat komik, pekedai buku dan orang persoarangan.
Ada yang positif, ada yang negatif, ada yang menaikkan semangat dan ada meruntuhkannya.
Selepas beberapa tahun berbahas di peringkat pengurusan Kumpulan PTS, akhirnya pada tahun pihak kami berjaya juga melancarkan Komik-M ini.
Laman web ini diwujudkan bagi berkongsi maklumat di antara pihak kami di PTS Millennia Sdn Bhd kepada semua. Info komik terbaru, watak terbaru, teaser terbaru, aktiviti terbaru dan sebagainya.
Ini bagi memudahkan para peminat komik Malaysia mendapat info terkini dunia komik. Di samping itu juga pihak Komik-M mewujudkan ruangan forum bagi memudahkan diskusi sihat daripada penggemar dan penggiat komik di Malaysia khususnya dan luar amnya.
Pihak kami amat mengalukan sebarang maklum balas mengenai komik kami ini. Sebarang maklum balas boleh dibuat kepada kami melalui komik-m@pts.com.my.
Selamat membaca dan selamat maju jaya
Hasil Perkongsian :Fauzul Na'im Ishak
Penerbit Komik-M
fauzuln@pts.com.my
Popularity: 88% [?]











Salam Komik..
Saya sokong perjuangan Komik-M!
macam mana kalau kiter nak hantar buku yang kiter dah buat?
AYOH!!! SEMARAK API KOMIK & KARTUN MALAYSIA!!!!
Tahniah!!