44 Cinta & Koleksi Komik Terbaik Tembakau

Azhar Ahmad (Tembakau)

44 Cinta & Koleksi Komik Terbaik Tembakau

Azhar Ahmad (Tembakau)

Sinopsis

TEMBAKAU, kartunis legenda yang amat sinonim dengan karya agungnya, KARTINI. Sentuhan magisnya itu telah mencipta fenomena tersendiri dalam sejarah kartun dan komik tanah air sekitar era hujung 1990-an dan awal 2000.

Bermula dengan penerbitan KARTINI KEMBALI pada tahun 2006 dan KARTINI (edisi terbit semula) pada tahun 2009, Tembakau turut menghasilkan beberapa komik pendek untuk antologi komik terbitan KOMIK-M. Salah satu daripadanya diiktiraf dalam ANUGERAH PEKOMIK 2012 sebagai KOMIK TERBAIK, manakala Tembakau pula diangkat sebagai PENULIS KOMIK TERBAIK. 

#tributeTEMBAKAU adalah dedikasi dan tanda apresiasi para rakan dan peminat kepada beliau. Semoga Tembakau ataupun Azhar Ahmad (1972-2018) dan karya-karyanya sentiasa dikenang dari generasi ke generasi.

Terbaik dalam buku ini:
- himpunan komik menarik dan terbaik karya TEMBAKAU di Komik-M. 100% berwarna!
- #tributetembakau - karya tribute rakan-rakan tembakau!

44-cinta-koleksi-komik-terbaik-pac
VERSI CETAK
RM 10

BELI ONLINE

Penulis:Azhar Ahmad (Tembakau)

ISBN-13:978-967-481-209-6