Liga Pendekar : Perikatan Adiwira Bakal Terbit April 2008
March 25, 2008
Komik terbaru PTS Millennia Sdn Bhd, Liga Pendekar : Perikatan Adi Wira bakal menemui para peminat komik tanah air.
Komik hasil garapan saudara Azhar Abdullah dengan kerjasama daripada MDEC ini membawa satu fenomena baru dunia komik. Semua watak pendekar Melayu yang pernah dikenali digabungkan dalam sebuah komik yang unik.
Bakal dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 oleh Dato’ Lat. Nantikan kemunculannya.
Sinopsis Komik :
Kekayaan dan kemakmuran Kesultanan Melayu Melaka menjadi sasaran pelbagai musuh yang dengki, tamak dan iri hati. Lantas Sultan Melaka menjadi mangsa perbuatan keji. Lalu satu pasukan pendekar dibentuk untuk membanteras kekusutan dan kekalutan ini. Ketumbukan ini digelar Liga Pendekar.
Diketuai Malim Demam, Hang Tuah, Badang, Sang Kebayan, Awang Kenit, Orang Minyak, Sang Kelembai dan Si Tanggang berpadu tenaga menyelesaikan misi-misi penuh mencabar dan merbahaya. Tujuan mereka hanya satu, untuk melihat keamanan dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka daripada anasir-anasir yang membinasakan.
Hasil Perkongsian :Fauzul Na'im Ishak
Penerbit Komik-M
fauzuln@pts.com.my
Artikel Lain Dalam Kategori Komik
- Prebiu komik LIGA PENDEKAR - PERIKATAN ADIWIRA - May 28th, 2008
- Prebiu Komik Kecemprengman #1 - Superhero 100% Buatan Malaysia - April 24th, 2008
- Kecempreng Man : Bermulanya Cerita Seorang Hero - March 25th, 2008
Popularity: 99% [?]












Assalamualikum…
Tahniah di atas kewujudan Komik Malaysia.com
Tabik!
congratulations
Termasuk dalam senarai ‘mesti beli’ dalam tahun ni…baca sinopsis pun dah teruja….heh….