Penulis

Saridah Hamid

Saridah Hamid adalah anak jati Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 9 Februari 1964. Bersekolah rendah di SR Jalan Bangsar, SM Sri Pantai, Kerinchi, KL dan Sek. Men. Methodist Boys School, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Mendapat pendidikan terakhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam bidang Media dan Komunikasi Massa (Kewartawanan). Pernah bertugas sebagai wartawan majalah dan akhbar tabloid. Juga terlibat sebagai penolong penerbit, Unit Ehwal Semasa TV, RTM. Kini bekerja secara bebas sebagai editor.

Mula menulis sejak 1990 dalam menghasilkan artikel, rencana, wawancara, puisi, cerpen dan juga skrip program TV. Pernah menghasilkan buku adaptasi yang bertajuk, Selembut Bicara, Bahtera Nabi Nuh dan 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga bersama PTS Islamika.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024