Penulis

abg_umar

Umi Kauthar Abdul Razak

Berasal dari Kampung Wakaf Tengah, Mengabang Telipot di Daerah Kuala Terengganu.

Mempunyai Ijazah dalam Perumahan, Bangunan dan Perancangan dari USM, Pulau Pinang dengan major dalam Ukur Bahan (QS). Seorang surirumah sepenuh masa, 10jam/5 hari seminggu QS di syarikat perunding ukur bahan di Bahrain dan penulis buku cerita berbahasa Melayu secara sambilan. Sekarang berada di Bahrain bersama suami dan seorang anak lelaki semenjak tahun 2008.

Mula menulis novel cinta pertama dengan Alaf21 pada tahun 2006, sebelum mula menulis secara serius buku cerita kanak-kanak dalam genre sains dan fiksyen bersama PTS One yang juga bermula pada tahun 2006. Dunia penulisan bermula hasil dorongan seorang teman yang juga seorang penulis.

Hakcipta Terpelihara • PTS Media Group Sdn Bhd (173482-A) © 2000 - 2024