Twinx, bakal terbit julai ini

Komik TWINX bakal menemui anda semua pada bulan julai ini. Komik karya Pac ini mengisahkan suasana kehidupan manusia di angkasa selepas manusia sudah mula berhijrah meninggalkan bumi dan menetap di bulan serta planet marikh. Komik ini tetap menerapkan unsur-unsur kemelayuan dan kenegeraan yang menjadi teras utama kepada penceritaan komik ini.

Pac dahulunya berkarya di majalah Blues Selamanya terbitan MOY Publications. Karya-karyanya yang berbentuk manga dan jalan cerita yang bersahaja menjadikan komik-komiknya diminati ramai.

Jangan lupa dapatkan komik ini di pasaran!

Hasil Perkongsian :

Wan Zuhairi Wan Zainuddin
Editor Pengurusan Komik-M
wanzu@pts.com.my
This entry was posted on Monday, July 7th, 2008 and is filed under Komik, Twinx. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “Twinx, bakal terbit julai ini”

  1. azhar

    tgh baca twinx..

    memang best,,salute aku kat pac…antara pekomik yg hebat,rajin dan berani..

    the first komik sci fi malaysia..yg best dan menarik! penuh informasi dan teruja…

    caya juga pada wanzu..kerna update website komik-m…kena selalu update dan kasi meriah!

  2. Kalamtimur

    Promosi patut lebih agresif dalam suratkhabar, semoga remaja beralih kepada produk tempatan. Stroke dan storytelling, pelukis dan penulisnya dalam majalah komik sebelum ini adalah “pullling factor” kepada pembaca remaja. Cergas komik_M.

  3. hariszzz

    dah baca habis!
    pac is my idole!

  4. aminlandak

    hahhaha…tahniah untuk warga malaysia dan jg penyokong setia komik malaysia.kerana anda akan dapat komik sci fi ‘made in malaysia’..aper2 pun tahniah untuk pac..ni yang akna membuat aku berkobar2 nak terbitkan komik aku jgak……..aper2pun sokonglah komik malaysia

  5. horliks

    Memang aku nak beli komik nih, tapi kalau kat sabah ni cuma jual kat kedai buku popular jer . kedai buku kat kota kinabalu yg aku tau cuma ade 2 kompeni iaitu kedai popular dan eaton jer .. memandangkan eaton tak jual produk komik pts, jadi yang jual cuma kedai buku popular.. kat sabah ni cuma ade beberapa tempat je ada kedai buku popular.. yang aku tau cuma kat centre point dan city mall.. jadi aku cdangkan supaya komik ni dijual kat kedai mamak.. senang dapat.. ataupun buat borang langganan kat website ni dan kitaorang boleh bayar guna kiriman wang pos..

  6. terlalupoyo

    Smart beb komik ni.
    terasa lagi best baca komik ni
    daripada baca buku aliran sains tingkatan 3
    Ar ar ar…

  7. pac

    assalamualaikum semua. terima kasih kepada PTS millenia terutamanya en.fauzul,wanzu dan abang rodin kerana terlibat sama didalam penerbitan komik twinx(cara menyebutnya TWIN -X, bersempena dengan ganerator magnetik tolak-balik berempatnya). tak lupa juga kawan2 semua yang sudah membeli dan membaca komik ini. diharap pembaca dapat memberi tunjuk ajar dan komen yang bernas. insya Allah,twinX jilid dua akan menemui anda semua pada pesta buku yang seterusnya.terima kasih semua.

  8. nuri

    i looooove the story…can’t wait for da next book!!

  9. ayoi ciliapi

    harga yang mahal, kos penghantaran Book cafe yang tak masuk akal (mencecah RM 9), halaman yang sedikit .. (kualiti komik terpulang kepada pembaca, beli dulu, nyesal @ puas hati kira kemudian).. tapi cuma satu yang bestnya komik pts ni, kertas yang berkualiti..

  10. kangaq

    Aaaahhhh! Saya sukak!

  11. pac

    thanx for supporting everyone!!

Leave a Reply