Komik TWINX bakal menemui anda semua pada bulan julai ini. Komik karya Pac ini mengisahkan suasana kehidupan manusia di angkasa selepas manusia sudah mula berhijrah meninggalkan bumi dan menetap di bulan serta planet marikh. Komik ini tetap menerapkan unsur-unsur kemelayuan dan kenegeraan yang menjadi teras utama kepada penceritaan komik ini.
Pac dahulunya berkarya di majalah Blues Selamanya terbitan MOY Publications. Karya-karyanya yang berbentuk manga dan jalan cerita yang bersahaja menjadikan komik-komiknya diminati ramai.
Jangan lupa dapatkan komik ini di pasaran!
Hasil Perkongsian :
July 14th, 2008 at 12:42 pm
tgh baca twinx..
memang best,,salute aku kat pac…antara pekomik yg hebat,rajin dan berani..
the first komik sci fi malaysia..yg best dan menarik! penuh informasi dan teruja…
caya juga pada wanzu..kerna update website komik-m…kena selalu update dan kasi meriah!
July 14th, 2008 at 1:46 pm
Promosi patut lebih agresif dalam suratkhabar, semoga remaja beralih kepada produk tempatan. Stroke dan storytelling, pelukis dan penulisnya dalam majalah komik sebelum ini adalah “pullling factor” kepada pembaca remaja. Cergas komik_M.
July 14th, 2008 at 6:29 pm
dah baca habis!
pac is my idole!
July 18th, 2008 at 5:48 pm
hahhaha…tahniah untuk warga malaysia dan jg penyokong setia komik malaysia.kerana anda akan dapat komik sci fi ‘made in malaysia’..aper2 pun tahniah untuk pac..ni yang akna membuat aku berkobar2 nak terbitkan komik aku jgak……..aper2pun sokonglah komik malaysia
July 21st, 2008 at 11:56 am
Memang aku nak beli komik nih, tapi kalau kat sabah ni cuma jual kat kedai buku popular jer . kedai buku kat kota kinabalu yg aku tau cuma ade 2 kompeni iaitu kedai popular dan eaton jer .. memandangkan eaton tak jual produk komik pts, jadi yang jual cuma kedai buku popular.. kat sabah ni cuma ade beberapa tempat je ada kedai buku popular.. yang aku tau cuma kat centre point dan city mall.. jadi aku cdangkan supaya komik ni dijual kat kedai mamak.. senang dapat.. ataupun buat borang langganan kat website ni dan kitaorang boleh bayar guna kiriman wang pos..
July 28th, 2008 at 4:02 pm
Smart beb komik ni.
terasa lagi best baca komik ni
daripada baca buku aliran sains tingkatan 3
Ar ar ar…
July 30th, 2008 at 7:48 am
assalamualaikum semua. terima kasih kepada PTS millenia terutamanya en.fauzul,wanzu dan abang rodin kerana terlibat sama didalam penerbitan komik twinx(cara menyebutnya TWIN -X, bersempena dengan ganerator magnetik tolak-balik berempatnya). tak lupa juga kawan2 semua yang sudah membeli dan membaca komik ini. diharap pembaca dapat memberi tunjuk ajar dan komen yang bernas. insya Allah,twinX jilid dua akan menemui anda semua pada pesta buku yang seterusnya.terima kasih semua.
August 6th, 2008 at 12:15 am
i looooove the story…can’t wait for da next book!!
August 27th, 2008 at 12:59 pm
harga yang mahal, kos penghantaran Book cafe yang tak masuk akal (mencecah RM 9), halaman yang sedikit .. (kualiti komik terpulang kepada pembaca, beli dulu, nyesal @ puas hati kira kemudian).. tapi cuma satu yang bestnya komik pts ni, kertas yang berkualiti..
August 28th, 2008 at 1:54 pm
Aaaahhhh! Saya sukak!
August 31st, 2008 at 8:06 pm
inilah bakal pelukis komik malaysia sci-fi terbaik….tabik!!!!!!
October 1st, 2008 at 5:06 pm
walaupon ber influences manga ciri2 stroke malaysia nyer masih ada, cayok ahh ko mmg hebat truskan bekarya
October 15th, 2008 at 12:37 am
thanx for supporting everyone!!
November 24th, 2008 at 11:40 am
haha,dah habis baca twinx. maaf sebab aman baru jer perasan kewujudan komik-m sebulan yang lalu. aperpun,semalam dah habis baca Twinx dan Kecemprengman.
Pac seorang yang sgt rajin dan berpengetahuan tinggi berkenaan sci. komik twinx mmg byk dgn informasi, sampai aman rasa kagum sgt dgn pac. syabas!
December 10th, 2008 at 12:57 pm
aku tak sangka ada jugak org malaysia yg boleh mencapai daya imaginasi yg sebegini tinggi.
tahniah!
December 12th, 2008 at 5:31 pm
memang komik karya pac semua nya hebat belaka..
khabarnya komik twin-x #02 dah siap..tunggu masa utk keluar di pasaran je..
bila nak kuar nih??
saya dah menggigil gian nih…