Ali dan Tuah: Sarang Empat Penjahat
Orang kampung dalam bahaya dan cuma Ali, seorang wira handalan yang dapat menolong mereka. Tetapi, dia cuma dapat menolong sekiranya tiada makhluk lain melihatnya - walaupun seekor cicak! Adakah dia terlalu pemalu sehinggakan dilihat cicak pun dia berasa segan? Apakah ertinya semua ini?
Bersama-sama Tuah, seekor tikus, sumpah-sumpah, dan seekor anak naga comel ya amat, mereka mengembara mencari kumpulan penjahat, Pancakuasa!

